Semasa haid, beberapa wanita mudah merasa terangsang dan keinginan untuk melakukan seks meningkat. Tapi adakah anda tahu bahaya seks ketika haid?
Islam melarang hubungan seks ketika haid dan ia juga sebenarnya berbahaya. Tara Ford, pembantu medik di New York mengatakan, beberapa wanita mengaku yang mereka paling ghairah pada hari ketiga haid. Tapi anda perlu tahu tentang bahaya seks ketika haid ini agar anda tidak melakukannya.
Bahaya seks ketika haid: Risiko pelbagai jangkitan!
Menurut Dr Laura Berman, pakar seks dan terapi dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwerstern, Chicago, seks ketika haid adalah sangat bahaya untuk kedua-dua belah pihak, terutama wanita.
Ini adalah kemungkinan risiko bahaya seks:
1. Jangkitan seksual
Melakukan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan seksual. Ini kerana, leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.
Penyakit seperti hepatitis lebih mudah merebak jika anda melakukan hubungan seks ketika haid kerana cairan dari badan keluar lebih banyak dari biasa.
2. Jangkitan kulat faraj
Semasa haid, kadar pH di faraj meningkat kerana kadar pH dalam darah haid juga tinggi. Ini mengakibatkan kulat berkembang dan membiak dengan lebih cepat.
Oleh itu, anda mudah terkena jangkitan kulat faraj jika anda melakukan hubungan seks ketika haid. Ia juga boleh membuatkan gejala ini lebih parah!
3. Jangkitan pada lelaki
Darah dari faraj dan rahim boleh masuk ke dalam zakar dan menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria serta boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan jangkitan pada prostat!
4. Infeksi pada dinding faraj
Semasa haid, dinding faraj akan membengkak dan ia merupakan proses semulajadi. Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid.
Darah ini berpotensi untuk membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.
5. Pembuluh darah tersumbat
Seks ketika haid juga boleh membuatkan suami berisiko untuk mengalami pembuluh darah tersumbat.
Ini kerana gerakan zakar akan menusuk dan membuatkan gelembung udara masuk ke pembuluh darah dan boleh mengakibatkan darah tersumbat dan kematian mendadak.
Keseluruhannya, bahaya seks ketika haid ini boleh dielakkan dengan menahan diri dari melakukan hubungan seksual semasa anda datang bulan. Lebih baik mencegah dari merawat kan?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar